Saturday, August 27, 2016

Pasaran Forex : Pengenalan kepada Trading Mata Wang

1. Pengenalan kepada Trading Mata Wang

Pasaran pertukaran asing (forex atau FX untuk pendek) adalah salah satu pasaran yang paling menarik dan pantas. Sehinggakan baru-baru, perdagangan forex dalam pasaran mata wang telah menjadi domain institusi kewangan yang besar, syarikat, bank-bank pusat, dana lindung nilai dan individu sangat kaya. Kemunculan internet telah mengubah semua ini, dan kini ia adalah mungkin untuk pelabur purata untuk membeli dan menjual mata wang dengan mudah dengan klik tetikus melalui akaun broker dalam talian.



Turun naik mata wang setiap hari biasanya sangat kecil. Kebanyakan pasangan mata wang bergerak kurang daripada satu peratus setiap hari, yang mewakili perubahan yang kurang daripada 1% dalam nilai mata wang. Ini menjadikan pertukaran asing salah satu pasaran kewangan yang tidak menentu. Oleh itu, ramai spekulator mata wang bergantung kepada adanya leverage yang besar untuk meningkatkan nilai pergerakan berpotensi. Dalam pasaran forex runcit, leverage boleh menjadi sebanyak  1:3000. leverage yang lebih tinggi boleh sangat berisiko, tetapi kerana perdagangan secara online dan mudah tunai, broker pertukaran asing telah dapat membuat leverage yang tinggi standard industri untuk membuat pergerakan yang bermakna untuk peniaga-peniaga mata wang.

Kecairan extreme dan ketersediaan leverage yang tinggi telah membantu untuk merangsang pertumbuhan pesat pasaran dan menjadikan ia tempat yang sesuai untuk banyak peniaga. Kedudukan boleh dibuka dan ditutup dalam minit atau boleh diadakan untuk beberapa bulan. Matawang adalah berdasarkan pertimbangan objektif bekalan dan permintaan dan tidak boleh dimanipulasi dengan mudah kerana saiz pasaran yang tidak membenarkan walaupun pemain terbesar, seperti bank pusat, untuk menaikkan harga sesuka hati.


Pasaran forex menyediakan banyak peluang kepada pelabur. Walau bagaimanapun, dalam usaha untuk berjaya, seorang peniaga mata wang perlu memahami asas-asas di sebalik pergerakan mata wang.


Bersambung...

Monday, August 22, 2016

KENAPA FOREX !!

Kenapa perlu trade Forex ?
=====================

Persoalan yang perlu dijawab dengan jujur. Bagi yang sudah lama 'trade' dan berpengalaman, persoalan kenapa rasanya perlu anda trade forex rasanya tidak perlu dirungkaikan keperluan dan kelebihan sebagai trader. Tetapi bagi mereka diluar sana yang masih tercari-cari dan terpinga-pinga dengan forex itu sendiri pasti perlukan jawapan yang tuntas dan berfakta.

Persoalan apa itu forex rasanya sudah sedia terjawab dalam posting yang lalu. pada ruangan kali ini, saya ingin ketengahkan persoalan lain seperti kenapa saya perlu jadi trader forex dan apa kelebihannya berbanding dengan perniagaan konvensional yang lain.

BERSAMBUNG...

Sunday, August 21, 2016

ISTILAH PENTING DLM FOREX

Pelbagai istilah khusus dan penting diguna pakai sama ada dalam mendefinisikan sesuatu tentang forex itu sendiri atau dalam menerangkan penggunaan alatan dari kemudahan platform yang disediakan oleh MT4.

Perkataan forex itu sendiri disingkapkan kepada FX, dan ia kebiasaannya digunakan dalam pertuturan dan penulisan kebanyakkan peniaga forex. Berikut adalah antara istilah yang digunakan 

Forex 
Spread
LP
Broker
IB
Platform
MT4
Buy
Sell
Buy Stop
Buy Limit
Sell Stop
Sell Limit
Order
Instant Execution
Pending Order
Take Profit
Trailing Stop
Stop Loss
Pip
Bid
Ask
Lot
Volume
Symbol
Price
Swap
dll..



bersambung..

MATAWANG DLM FOREX

Matawang Dalam Forex 
=================

Setiap negara mempunyai matawang yang berbeza. Begitu juga dengan panggilan nama matawang masing-masing. Nilai matawang juga berbeza apabila berlaku pertukaran. Matawang dalam pasaran forex diniagakan dalam bentuk berpasangan. Ia diniagakan secara berpasangan bagi menentukan kadar tukarannya. Kadar tukaran akan berbeza bergantung kepada kenaikkan dan penurunan pertukaran matawang tersebut. Apabila transaksi dibuat, pasti berlaku pengurangan atau pertambahan nilai matawang yang diterima. Pertukaran ini dilakukan atas pelbagai sebab dan kenapa ia perlu ditukarkan.

Pertukaran matawang di bank-bank tempatan atau di money changer tidak terhad kepada jenis matawang yang perlu ditukarkan, akan tetapi dagangan di plartform MT4 adalah telah ditetapkan oleh broker atau pengendali  'liquidity provider' atau pembekal kecairan. Siapakan pembekal kecairan ini akan dikupaskan kemudian.

Urusniaga Forex di bank-bank dengan dagangan di MT4 adalah berbeza sama sekali. Konsep dan keperluan perniagaan juga jauh berbeza. Kefahaman ini perlu diperjelaskan dan diberikan penekanan, kerana ia boleh disalah faham ertikan oleh pihak tertentu dalam memberikan definisi dan tujuan.

Pertukaran Matawang asing diperlukan untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, jika anda ingin melancong ke negara asing, anda terlebih dahulu perlu menukarkan matawang negara asal anda dengan matawang negara asing yang ingin anda lawati. ia bertujuan untuk membolehkan anda membuat bayaran sesuatu produk atau perkhidmatan semasa anda berada di negara tersebut. Keperluanya adalah kerana matawang negara asal anda tidak laku diurusniagakan di negara lain atau asing.

Berikut adalah penggunaan nama dan istilah matawang bagi negara berkaitan :

Simbol
Matawang
Nama Singkatan
USD
American Dollar
Greenback
EUR
Euro
Fiber
JPY
Japanese Yen
GBP
British Pound
Cable
AUD
Australian Dollar
Aussie
NZD
NZ Dollar
Kiwi
CHF
Swiss Franc
Swissy
CAD
Canadian Dollar
Loonie


URUSNIAGA FOREX

Forex merupakan satu instrumen pelaburan terbesar di dunia. ia diniagakan melebihi USD 4 Trillion sehari dan ia jauh lebih besar dari dagangan saham di bursa saham. Pasaran forex dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu tanpa henti. Adakalanya nilai dagangan juga melibatkan hari cuti umum.

Implikasi dagangan forex amat besar kepada seluruh matawang di dunia. Transaksi forex melangkaui sempadan antara negara. Kesannya kepada ekonomi sesebuah negara juga tidak kurang hebatnya, sehinggakan ada negara terpaksa membuat tambatan nilai matawang negara mereka bimbang jika ia dimanipulasi oleh pemain forex global.

Jumlah dagangan forex adalah melebihi 5 ke 6 kali saiz pasaran niaga hadapan (futures) US. Forex merupakan satu instrument pelaburan terbesar bagi bank-bank perdagangan utama, bank pusat di seluruh dunia.

Pasaran forex diniagakan secara dua hala antara dua matawang, bermakna kenaikkan dan kejatuhan matawang akan memberi nilai atau keuntungan semasa transaksi itu berlaku. Setiap transaksi akan menjana keuntungan dan kerugian bagi urusniaga terbabit. 

Urusniaga forex tidak terhad kepada sebuah negara, ia diperdagangkan di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali terlibat sama. 



Kewujudan MT4 sebagai satu plartform membolehkan forex diperdagangkan secara online. Bezanya ia diperdagangkan dalam bentuk nilai 'lot'. Setiap lot yang dijual beli mempunyai nilai yang berbeza bergantung kepada 'pair' matawang tersebut. Nilai lot berubah-ubah berdasarkan kenaikkan dan kejatuhan matawang yg diperdagangkan. Kefahaman ini perlu diperjelaskan agar kekeliruan tidak berlaku. Anda bukannya membeli atau menjual matawang tetapi apa yang anda jual beli adalah lot. Istilah seterusnya adalah pips menjadi ukuran kepada nilai lot yang dijual beli. 

Plartform MT4 ini disediakan oleh broker-broker tertentu. Setiap broker yang menyediakan kemudahan urusniaga forex secara online meletakkan beberapa syarat dan prosedur tertentu untuk membolehkan peniaga forex berurusniaga. Urusniaga yang dikendalikan oleh broker tertakluk undang-undang tertentu yang perlu dipatuhi dan ia dipantau oleh badan-badan penguatkuasa yang mengawal selia segala aktiviti yang melibatkan urusniaga forex di talian melalui MT4 yang dikendalikan oleh broker. Perkara ini akan diterangkan dalam posting yang akan datang.

ASAS ‪‎FOREX‬

ASAS ‪‎FOREX‬ !!
============
FOREX adalah singkatan bahasa Inggeris dari Foreign‬ ‪‎Exchange‬ iaitu Pertukaran Matawang Asing. Pertukaran satu matawang ke satu matawang yang lain. Istilah Forex digunakan secara meluas dalam urusan dagangan matawang.
Pertukaran matawang asing dibuat untuk pelbagai urusan seperti melancong, urusan perniagaan, jual beli, import dan eksport, menunaikan umrah & Haji, Pendidikan dan sebagainya.

Contoh, anda sebagai rakyat Malaysia ingin melawat ke satu Negara seperti Amerika Syarikat, maka anda perlu menukarkan Ringgit Malaysia ( MYR) ke US Dollar.
Pertukaran tersebut boleh dilakukan di mana-mana bank tempatan atau di ‘Money Changer’. Ia boleh dilakukan secara off line atau secara online.
Forex mula dibuka kepada orang ramai pada sekitar tahun 1996. Sebelum ini, urusniaga forex hanya hak ekslusif kepada bank-bank, institusi kewangan terbesar bagi sesebuah negara dan orang kenamaan dan konglomerat multi millionaire.
Pertukaran matawang asing dilakukan diseluruh dunia melibatkan pelbagai Negara. Ia merupakan pasaran terbesar di dunia. Dianggarkan 4 Trillion US Dolar diurusniagakan sehari di seluruh dunia melalui bank-bank atau transaksi secara online melalui plartform tertentu.
Transaksi pertukaran matawang melibatkan bank-bank atau money changer sebagai orang tengah atau broker. Setiap transaksi terdapat kadar, caj, upah atau spread‬ yang dikenakan oleh broker‬. Bank-bank atau broker mengambil keuntungan dari setiap transaksi yang dilakukan.

Borang Makluman :

Nama:
No IC:
No. Tel
Perkara :
Bank Pilihan :
Jumlah (RM):
No Akaun Bank :( Untuk Urusan Pendaftaran & Pengeluaran )
Catatan :( Pastekan bukti transaksi di sini jika berkaitan)