Sunday, August 21, 2016

URUSNIAGA FOREX

Forex merupakan satu instrumen pelaburan terbesar di dunia. ia diniagakan melebihi USD 4 Trillion sehari dan ia jauh lebih besar dari dagangan saham di bursa saham. Pasaran forex dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu tanpa henti. Adakalanya nilai dagangan juga melibatkan hari cuti umum.

Implikasi dagangan forex amat besar kepada seluruh matawang di dunia. Transaksi forex melangkaui sempadan antara negara. Kesannya kepada ekonomi sesebuah negara juga tidak kurang hebatnya, sehinggakan ada negara terpaksa membuat tambatan nilai matawang negara mereka bimbang jika ia dimanipulasi oleh pemain forex global.

Jumlah dagangan forex adalah melebihi 5 ke 6 kali saiz pasaran niaga hadapan (futures) US. Forex merupakan satu instrument pelaburan terbesar bagi bank-bank perdagangan utama, bank pusat di seluruh dunia.

Pasaran forex diniagakan secara dua hala antara dua matawang, bermakna kenaikkan dan kejatuhan matawang akan memberi nilai atau keuntungan semasa transaksi itu berlaku. Setiap transaksi akan menjana keuntungan dan kerugian bagi urusniaga terbabit. 

Urusniaga forex tidak terhad kepada sebuah negara, ia diperdagangkan di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali terlibat sama. 



Kewujudan MT4 sebagai satu plartform membolehkan forex diperdagangkan secara online. Bezanya ia diperdagangkan dalam bentuk nilai 'lot'. Setiap lot yang dijual beli mempunyai nilai yang berbeza bergantung kepada 'pair' matawang tersebut. Nilai lot berubah-ubah berdasarkan kenaikkan dan kejatuhan matawang yg diperdagangkan. Kefahaman ini perlu diperjelaskan agar kekeliruan tidak berlaku. Anda bukannya membeli atau menjual matawang tetapi apa yang anda jual beli adalah lot. Istilah seterusnya adalah pips menjadi ukuran kepada nilai lot yang dijual beli. 

Plartform MT4 ini disediakan oleh broker-broker tertentu. Setiap broker yang menyediakan kemudahan urusniaga forex secara online meletakkan beberapa syarat dan prosedur tertentu untuk membolehkan peniaga forex berurusniaga. Urusniaga yang dikendalikan oleh broker tertakluk undang-undang tertentu yang perlu dipatuhi dan ia dipantau oleh badan-badan penguatkuasa yang mengawal selia segala aktiviti yang melibatkan urusniaga forex di talian melalui MT4 yang dikendalikan oleh broker. Perkara ini akan diterangkan dalam posting yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Borang Makluman :

Nama:
No IC:
No. Tel
Perkara :
Bank Pilihan :
Jumlah (RM):
No Akaun Bank :( Untuk Urusan Pendaftaran & Pengeluaran )
Catatan :( Pastekan bukti transaksi di sini jika berkaitan)