Sunday, August 21, 2016

ASAS ‪‎FOREX‬

ASAS ‪‎FOREX‬ !!
============
FOREX adalah singkatan bahasa Inggeris dari Foreign‬ ‪‎Exchange‬ iaitu Pertukaran Matawang Asing. Pertukaran satu matawang ke satu matawang yang lain. Istilah Forex digunakan secara meluas dalam urusan dagangan matawang.
Pertukaran matawang asing dibuat untuk pelbagai urusan seperti melancong, urusan perniagaan, jual beli, import dan eksport, menunaikan umrah & Haji, Pendidikan dan sebagainya.

Contoh, anda sebagai rakyat Malaysia ingin melawat ke satu Negara seperti Amerika Syarikat, maka anda perlu menukarkan Ringgit Malaysia ( MYR) ke US Dollar.
Pertukaran tersebut boleh dilakukan di mana-mana bank tempatan atau di ‘Money Changer’. Ia boleh dilakukan secara off line atau secara online.
Forex mula dibuka kepada orang ramai pada sekitar tahun 1996. Sebelum ini, urusniaga forex hanya hak ekslusif kepada bank-bank, institusi kewangan terbesar bagi sesebuah negara dan orang kenamaan dan konglomerat multi millionaire.
Pertukaran matawang asing dilakukan diseluruh dunia melibatkan pelbagai Negara. Ia merupakan pasaran terbesar di dunia. Dianggarkan 4 Trillion US Dolar diurusniagakan sehari di seluruh dunia melalui bank-bank atau transaksi secara online melalui plartform tertentu.
Transaksi pertukaran matawang melibatkan bank-bank atau money changer sebagai orang tengah atau broker. Setiap transaksi terdapat kadar, caj, upah atau spread‬ yang dikenakan oleh broker‬. Bank-bank atau broker mengambil keuntungan dari setiap transaksi yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Borang Makluman :

Nama:
No IC:
No. Tel
Perkara :
Bank Pilihan :
Jumlah (RM):
No Akaun Bank :( Untuk Urusan Pendaftaran & Pengeluaran )
Catatan :( Pastekan bukti transaksi di sini jika berkaitan)