Sunday, August 21, 2016

MATAWANG DLM FOREX

Matawang Dalam Forex 
=================

Setiap negara mempunyai matawang yang berbeza. Begitu juga dengan panggilan nama matawang masing-masing. Nilai matawang juga berbeza apabila berlaku pertukaran. Matawang dalam pasaran forex diniagakan dalam bentuk berpasangan. Ia diniagakan secara berpasangan bagi menentukan kadar tukarannya. Kadar tukaran akan berbeza bergantung kepada kenaikkan dan penurunan pertukaran matawang tersebut. Apabila transaksi dibuat, pasti berlaku pengurangan atau pertambahan nilai matawang yang diterima. Pertukaran ini dilakukan atas pelbagai sebab dan kenapa ia perlu ditukarkan.

Pertukaran matawang di bank-bank tempatan atau di money changer tidak terhad kepada jenis matawang yang perlu ditukarkan, akan tetapi dagangan di plartform MT4 adalah telah ditetapkan oleh broker atau pengendali  'liquidity provider' atau pembekal kecairan. Siapakan pembekal kecairan ini akan dikupaskan kemudian.

Urusniaga Forex di bank-bank dengan dagangan di MT4 adalah berbeza sama sekali. Konsep dan keperluan perniagaan juga jauh berbeza. Kefahaman ini perlu diperjelaskan dan diberikan penekanan, kerana ia boleh disalah faham ertikan oleh pihak tertentu dalam memberikan definisi dan tujuan.

Pertukaran Matawang asing diperlukan untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, jika anda ingin melancong ke negara asing, anda terlebih dahulu perlu menukarkan matawang negara asal anda dengan matawang negara asing yang ingin anda lawati. ia bertujuan untuk membolehkan anda membuat bayaran sesuatu produk atau perkhidmatan semasa anda berada di negara tersebut. Keperluanya adalah kerana matawang negara asal anda tidak laku diurusniagakan di negara lain atau asing.

Berikut adalah penggunaan nama dan istilah matawang bagi negara berkaitan :

Simbol
Matawang
Nama Singkatan
USD
American Dollar
Greenback
EUR
Euro
Fiber
JPY
Japanese Yen
GBP
British Pound
Cable
AUD
Australian Dollar
Aussie
NZD
NZ Dollar
Kiwi
CHF
Swiss Franc
Swissy
CAD
Canadian Dollar
Loonie


No comments:

Post a Comment

Borang Makluman :

Nama:
No IC:
No. Tel
Perkara :
Bank Pilihan :
Jumlah (RM):
No Akaun Bank :( Untuk Urusan Pendaftaran & Pengeluaran )
Catatan :( Pastekan bukti transaksi di sini jika berkaitan)